TBE Expert

Panduan TBE Part A + C (2026)

Peperiksaan Asas Takaful (TBE) ialah kelayakan untuk mendaftar sebagai ejen takaful. Laluan A + C adalah untuk Takaful Keluarga.

Format peperiksaan

KomponenBahagianSoalan
Asas TakafulA25
Takaful Perubatan & KesihatanA25
Takaful KeluargaC25
Takaful Berkaitan PelaburanC25
JumlahA + C100

Masa: 2 jam (purata 72 saat setiap soalan). Markah lulus: 55%. Bahasa: BM, English atau Mandarin. Laporan Tahunan MTA 2025 mencatatkan kira-kira 70% calon A + C yang menduduki lulus.

Silibus: 19 bab

Bahagian A

Bahagian C

Tips lulus kali pertama

  1. Faham, jangan hafal. Bank soalan sentiasa berubah; soalan situasi menguji konsep seperti wakalah vs mudharabah, gharar, dan penama vs hibah.
  2. Kuasai pengiraan Part C. Harga bid/offer, unit diperuntukkan, potongan tabarru' dan manfaat kematian pelan berkaitan pelaburan.
  3. Latih mod exam. 100 soalan dalam 2 jam untuk biasakan tekanan masa; tanda soalan sukar dan kembali kemudian.
  4. Semak penerangan setiap kesilapan dan baca semula halaman buku yang dirujuk.
  5. Sediakan teknikal exam online: laptop, telefon berkamera untuk Zoom, internet stabil, MyKad dan slip; log masuk 30 minit awal.

Soalan lazim

Berapa soalan dan berapa lama peperiksaan TBE Part A + C?

100 soalan objektif (MCQ) dalam masa 2 jam: Asas Takaful 25, Takaful Perubatan & Kesihatan 25, Takaful Keluarga 25 dan Takaful Berkaitan Pelaburan 25.

Berapa markah lulus TBE?

Portal peperiksaan memaparkan markah lulus 55%.

Siapa perlu ambil Part A + C?

Calon ejen Takaful Keluarga. Part A + C ialah laluan Takaful Keluarga; Part B untuk Takaful Am.

Berapa yuran TBE A + C?

Portal memaparkan RM80 termasuk e-book bagi A + C (paparan semasa semakan; ikut bayaran sebenar dalam sistem tempahan).

Bolehkah saya ambil TBE secara online?

Ya. Peperiksaan dijalankan secara remote menggunakan desktop/laptop untuk aplikasi peperiksaan dan telefon berkamera dengan Zoom untuk pengawasan.

Adakah TBE Expert soalan peperiksaan sebenar?

Tidak. TBE Expert ialah soalan latihan tidak rasmi yang ditulis berdasarkan buku teks MTA 2022, dengan rujukan halaman. Ia membantu memahami konsep, bukan menghafal soalan bocor.

Sumber rasmi: portal peperiksaan TBE. Maklumat di atas disemak pada November 2026; sentiasa ikut arahan terkini portal.

Mula berlatih: contoh soalan Part A · contoh soalan Part C.

Cuba 25 soalan percuma. Log masuk dengan Google, terus jawab soalan dengan penerangan dan nota rujukan buku.

Mula latihan percuma →7-Day Pass RM6.90 · Leader Pass RM200/tahun untuk ketua agensi